Dari Anas b. Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amal itu berupa rezeki di dunia. Ada pun orang-orang mukmin maka pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuk akhirat serta diberi rezeki di dunia berhubung dengan taatnya." - Sahih Muslim
Nabi s.a.w. bersabda, Allah s.w.t. berfirman : "wahai anak Adam, luangkanlah masa untuk beribadah kepadaKu niscaya Aku jadikan dirimu kaya dan Aku tutup pintu kefakiran atas dirimu. Tetapi jika engkau tidak mahu berbuat demikian, Aku akan sibukkan engkau terus menerus tiada menentu dan Aku tidak akan menutup pintu kemiskinan atas dirimu". (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abi Hurairah)
Nabi s.a.w. bersabda, Allah s.w.t. berfirman, "Aku selalu bersama hambaKu apabila dia ingat kepadaKu dan apabila bibirnya menyebut namaKu". (Hadis riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)
Nabi bersabda : "Allah berfirman : Aku telah sediakan balasan buat hambaKu yang beramal soleh, apa yang belum pernah dilihatnya, belum pernah didengarnya malah belum pernah terbayang dan terangan-angan dalam fikiran manusia". (Riwayat Tarmidzi dai Abi Hurairah)
Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Kalau memakai kasutl, pasang yang kanan terlebih dahulu tetapi kalau membukanya yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang pertama di pasang dan yang terakhir dibuka." - Sahih Bukhari
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." - Sahih Bukhari
Rasulullah s.a.w. bersabda "apabila engkau duduk di tempat tidurmu maka bacalah ayat Kursi hingga akhir.Sesungguhnya atas dirimu akan sentiasa ada pengawal daripada Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga pagi." Sahih Muslim.
Nabi s.a.w. bersabda : "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh 'Astagh firullah allazi la ilaha illa huwal qayyum waatubu ilahi' 3 kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut". (Riwayat Ibn Assunni dari Anas r.a.)
No comments:
Post a Comment