hasri
Tuesday, January 15, 2013
Tuesday, August 7, 2012
Lawatan ke Kuala Lumpur 26 Mei 2012 Slideshow Slideshow
Lawatan ke Kuala Lumpur 26 Mei 2012 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Lawatan ke Kuala Lumpur 26 Mei 2012 Slideshow Slideshow ★ to Bangi, Kuala Lumpur and Putrajaya. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor
4 Sebab Sembunyi Lailatul Qadar
Kedatangan Ramadhan dengan kelebihannya terutama dianugerahkan satu malam daripada malam-malamnya yang dipanggil lailatul qadar hendaklah direbuti oleh kita semua sebagai umat yang cintakan Allah dan hari akhirat. Peluang yang datang jangan dilepaskan begitu sahaja kerana kelak kita kerugian yang tidak mampu dibayar dengan tangisan dan penyesalan. Melalui beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda menerangkan bagaimana pada kebiasaannya malam lailatul qadar akan datang pada sepuluh akhir Ramadhan.
Oleh itu gunakanlah masa ini sebaiknya untuk beribadat janganlah terlalu sibuk dengan persiapan hari raya sahaja. Islam tidak melarang umatnya bersiap untuk berhari raya tetapi kita juga mesti mengutamakan bekalan akhirat yang lebih utama. Betapa ramai yang menghabiskan sepuluh terakhir Ramadhan di kedai-kedai, supermarket, pasaraya dan sebagainya kerana mahu menyambut hari raya sedangkan pada masa yang sama tawaran yang lebih hebat apabila kita beramai-ramai menghidupkan sepuluh malam terakhir itu di surau atau masjid. Janganlah kerana mahu mengejar sementara kita terlupa kepada bekalan apabila bertemu dengan Allah di akhirat sana.
MAKSUD SURAH AL-QADAR
MAKSUD SURAH AL-QADAR
Firman Allah dalam surah al-Qadar 1-5 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( al-Quran ) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah itu malam Lailatul qadar?. Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan Izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu (penuh ucapan) kesejahteraan sehingga terbit fajar.
SEBAB PENURUNAN SURAH AL-QADAR
Di sini ada beberapa riwayat yang menceritakan mengenai sebab diturun dan diberi kelebihan malam al-Qadar yang dianugerahkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w dan tidak diberi kepada umat sebelumnya.
1. Ibu Jarir mengeluarkan daripada Mujahid dengan katanya : Adalah pada umat bani Israel ada seorang pemuda mendirikan malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada siang hari sehingga petang. Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun lalu Allah menurunkan ayat ini yang memberi galakan dan kelebihan kepada umat nabi Muhammad s.a.w yang mendirikan malam al-Qadar di mana mereka akan memperolehi ganjaran yang lebih baik daripada pemuda bani Israel tadi.
2. Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan Baihaki dalam sunannya daripada Mujahid memberitahu bagaimana nabi telah menceritakan tentang seorang pemuda bani Israel telah membawa senjata berjihad di jalan Allah selama seribu tahun maka seluruh umat Islam yang mendengar perkara ini merasa begitu kagum lalu Allah menurunkan ayat ini yang menyatakan bagaimana umat ini akan dapat menandingi ganjaran yang diperolehi oleh pemuda tadi dengan mendirikan malam lailatul qadar.
3. Ibnu Abi Hatim daripada Ali bin Urwah telah memberitahu bahawa pada suatu hari nabi telah menyebut tentang 4 orang daripada bani Israel di mana mereka telah menyembah Allah selama 80 tahun tanpa membuat maksiat walau pun sekelip mata. Semua muslimin yang mendengar cerita ini merasa kagum lalu datanglah Jibril membawa datang ayat ini bagi memberi semangat kepada umat nabi Muhammad s.a.w agar menghidupkan malam al-Qadar supaya mereka akan memperolehi kelebihan melebihi amalan pemuda bani Israel tadi.
4. Malik bin Anas memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat kepada umur manusia zaman sebelum ini, maka baginda umur umatnya terlalu singkat di mana baginda merasa bimbang kepada amalan-amalan umat ini yang pasti tidak akan dapat menyamai amalan umat terdahulu. Maka Allah mengurniakan kepada baginda dan umat akhir zaman dengan suatu malam yang lebih baik daripada seribu blan bagi umat lain.
SEBAB DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR
Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita iaitu sebagaimana berikut :
Pertama : Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.
Kedua : Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam al-qadar.
Ketiga : Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.
Keempat : Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat
Rujukan
1. Al-Quran al-Karim
2. ad-Durrul al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Imam Sayuti, Darul Fikr
1. Al-Quran al-Karim
2. ad-Durrul al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Imam Sayuti, Darul Fikr
Thursday, April 1, 2010
Butir-butir mutiara kata buat ketenangan Jiwa ... =)
Dari Anas b. Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amal itu berupa rezeki di dunia. Ada pun orang-orang mukmin maka pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuk akhirat serta diberi rezeki di dunia berhubung dengan taatnya." - Sahih Muslim
Nabi s.a.w. bersabda, Allah s.w.t. berfirman : "wahai anak Adam, luangkanlah masa untuk beribadah kepadaKu niscaya Aku jadikan dirimu kaya dan Aku tutup pintu kefakiran atas dirimu. Tetapi jika engkau tidak mahu berbuat demikian, Aku akan sibukkan engkau terus menerus tiada menentu dan Aku tidak akan menutup pintu kemiskinan atas dirimu". (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abi Hurairah)
Nabi s.a.w. bersabda, Allah s.w.t. berfirman, "Aku selalu bersama hambaKu apabila dia ingat kepadaKu dan apabila bibirnya menyebut namaKu". (Hadis riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)
Nabi bersabda : "Allah berfirman : Aku telah sediakan balasan buat hambaKu yang beramal soleh, apa yang belum pernah dilihatnya, belum pernah didengarnya malah belum pernah terbayang dan terangan-angan dalam fikiran manusia". (Riwayat Tarmidzi dai Abi Hurairah)
Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Kalau memakai kasutl, pasang yang kanan terlebih dahulu tetapi kalau membukanya yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang pertama di pasang dan yang terakhir dibuka." - Sahih Bukhari
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." - Sahih Bukhari
Rasulullah s.a.w. bersabda "apabila engkau duduk di tempat tidurmu maka bacalah ayat Kursi hingga akhir.Sesungguhnya atas dirimu akan sentiasa ada pengawal daripada Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga pagi." Sahih Muslim.
Nabi s.a.w. bersabda : "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh 'Astagh firullah allazi la ilaha illa huwal qayyum waatubu ilahi' 3 kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut". (Riwayat Ibn Assunni dari Anas r.a.)

TAHUKAH KAMU APAKAH KHURAFAT ITU , TANYA NABI SAW
Suatu malam RasululLah saw telah berbual dengan para isterinya.Mereka galak berbincang hingga salah seorang daripada mereka mengatakan : “ Itu adalah cerita khurafat.RasululLah saw telah memotong dengan pertanyaan , “tahukah kamu apakah itu khurafat ? Khurafat adalah seorang lelaki yang berasal dari Bani ‘Uzrah yang pernah ditawan oleh segolongan jin pada zaman jahiliyyah.Setelah sekian lama menjadi tawanan, dia akhirnya dibebaskan.Lelaki yang bernama Khurafat ini telah menceritakan pengalaman anihnya sepanjang kehidupan di alam jin.Walhasil, orang-orang yang sukar mempercayai ceritanya itu menggelar sebarang maklumat yang pelik dengan nama cerita atau khabar yang khurafat.Demikianlah seperti yang dijelaskan oleh al-Imam al-Tirmizi dalam sebuah bab menerusi kitabnya ‘Syamail Muhammad’.
Thursday, February 18, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)